Isnin, 26 Disember 2016 | 1:05am

Gempa 7.7 magnitud di selatan Chile, amaran tsunami dikeluarkan

SANTIAGO: Chile mengeluarkan amaran tsunami dan arahan berpindah untuk kawasan pantai selatan selepas gempa bumi berukuran 7.7 magnitud melanda pada kedudukan kira-kira 225 kilometer di barat daya Puerto Montt, selatan Chile pada Ahad.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan amaran tsunami bagi kawasan 1,000 kilometer dari pusat gempa.

Menurut Perkhidmatan Kecemasan tempatan, gelombang tsunami mencecah kira-kira satu meter di atas paras air pasang dijangka di sepanjang kawasan pantai Chile.

Pejabat Kecemasan Kebangsaan Chile (ONEMI) berkata, gelombang pasang surut pertama dijangka tiba di persisiran pantai di rantau Los Lagos Chile kira-kira jam 1.00 petang waktu tempatan (1600 GMT).

Ketua ONEMI Ricardo Toro menggesa penduduk Los Lagos meninggalkan kawasan pantai dan pergi ke zon selamat. - Reuters

Berita Harian X