Sabtu, 17 Disember 2016 | 7:11am

Prayuth rombak Kabinet Thai

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha merombak Kabinetnya hari ini.
Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha merombak Kabinetnya hari ini.

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha merombak Kabinetnya hari ini, lapor satu kenyataan yang dikeluarkan Warta Diraja, perubahan keempat dalam pentadbirannya sejak mengambil alih kuasa pada 2014.

Menurut senarai yang disiarkan dalam Warta Diraja, Prayuth menukar dan melantik 12 menteri dan timbalan menteri pada lewat hari ini.

Perubahan peringkat tertinggi membabitkan menteri kehakiman, pendidikan dan industri negara.

Masih tidak diketahui punca sebenar rombakan itu dilakukan.

Undang-undang yang diluluskan oleh kerajaan umumnya berkuat kuasa selepas penyiaran jurnal awam Warta Diraja .

Raja baharu Thailand, Maha Vajiralongkorn yang menaiki takhta berikutan kematian bapanya, Raja Bhumibol Adulyadej pada 13 Oktober lalu, melantik ahli-ahli baru untuk majlis Dirajanya awal bulan ini.

Pertukaran turut membabitkan Menteri Kehakiman Paiboon Kommchaya yang terpaksa meletak jawatan dari Kabinet.

Prayuth merombak kabinetnya pada Ogos 2015 untuk memberi tumpuan kepada ekonomi Thailand yang bermasalah ketika itu. - Reuters

Berita Harian X