Jumaat, 16 Disember 2016 | 3:12pm
Presiden yang dipilih, Donald Trump. - Foto AFP
Presiden yang dipilih, Donald Trump. - Foto AFP

Trump pilih Friedman duta ke Israel

WASHINGTON: Presiden yang dipilih, Donald Trump melantik David Friedman, seorang peguam untuk menjadi duta Amerika Syarikat (AS) di Israel.

Lelaki berusia 57 tahun itu menjadi menasihatkan Trump mengenai isu AS-Israel ketika tempoh berkempen sebelum ini.

Satu kenyataan oleh presiden baharu itu menyebut perhubungan erat Friedman di Israel akan membentuk asas kepada misi diplomatik beliau.

Friedman berkata dia akan bekerja dari Kedutaan AS di Baitulmaqdis, satu langkah yang harus mencetus rasa marah Palestin.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Kedutaan AS berada di Tel Aviv untuk tempoh beberapa dekad. - AGENSI

Berita Harian X