Jumaat, 2 Disember 2016 | 10:13am

Trump calonkan Mattis Setiausaha Pertahanan AS

BAKAL Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan bekas pegawai tinggi tentera laut AS, Jeneral bersara James Mattis. - Foto AP
BAKAL Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan bekas pegawai tinggi tentera laut AS, Jeneral bersara James Mattis. - Foto AP

CINCINNATI: Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata beliau akan mencalonkan bekas pegawai tinggi tentera laut AS, Jeneral bersara James Mattis, yang menyelia usaha memerangi musuh di Timur Tengah, sebagai Setiausaha Pertahanan.

"Kami akan melantik 'Mad Dog' Mattis sebagai setiausaha pertahanan," kata Trump kepada khalayak penyokongnya di Cincinnati, Ohio, merujuk pemimpin tentera yang pernah mengetuai Pusat Pemerintah AS, yang mengendalikan tentera di Iraq dan Afghanistan itu.

"Beliau adalah yang terbaik untuk kita. Kata mereka, beliau seperti Jeneral George Patton di era Perang Dunia Ke-2," kata Trump yang terus mendedahkan pasukan pilihan beliau lebih awal daripada rancangan.

Terdahulu pasukan peralihan pentadbiran beliau mengumumkan tiada lagi pengumuman kabinet minggu ini. - AFP

Berita Harian X