Selasa, 29 November 2016 | 10:21pm

Brazil berkabung 3 hari susulan nahas pesawat di Colombia

Presiden Brazil, Michel Temer sewaktu pelancaran talian pembiayaan baru Persekutuan Bank Caixa Economica di Istana Planalto di Brasilia, Brazil. - Foto REUTERS
Presiden Brazil, Michel Temer sewaktu pelancaran talian pembiayaan baru Persekutuan Bank Caixa Economica di Istana Planalto di Brasilia, Brazil. - Foto REUTERS

BRASÍLIA: Kerajaan Brazil mengisytiharkan tiga hari berkabung susulan insiden pesawat penumpang terhempas di Colombia, mengorbankan 76 orang termasuk pemain Kelab Chapecoense Brazil.

Presiden Michel Temer mengarahkan tempoh berkabung itu.

Pada masa sama pihak berkuasa Colombia berkata, enam daripada penumpang terselamat ketika pesawat sewa khas, dari Sao Paulo Brazil terhempas dekat Medellin.

Pasukan penyelamat membawa keluar enam mangsa hidup-hidup daripada lokasi nahas, namun seorang daripadanya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. - AFP

Berita Harian X