Sabtu, 26 November 2016 | 12:14am

Pelajar bogel, aktivis sertai bantahan pengebumian Marcos

PENUNJUK perasaan mengoyak karikatur yang menyerupai diktator Filipina Ferdinand Marcos ketika membuat bantahan di Manila, hari ini. - Foto EPA
PENUNJUK perasaan mengoyak karikatur yang menyerupai diktator Filipina Ferdinand Marcos ketika membuat bantahan di Manila, hari ini. - Foto EPA

MANILA: Ribuan penduduk Filipina termasuk lebih 12 pelajar yang berbogel, membuat bantahan hari ini ke atas upacara pengebumian diktator Filipina Ferdinand Marcos di sebuah perkuburan wira, dalam kecaman meningkat politik ke atas pemimpin tertinggi negara itu yang membenarkan ia berlaku.

Ribuan aktivis menyertai bantahan "Black Friday" walaupun hujan di kawasan tepi laut Rizal Park di sini, di mana mereka membawa patung Marcos dalam keranda olok-olok.

Ketika kemarahan ditujukan ke arah Marcos dan keluarganya, Presiden Rodrigo Duterte turut menjadi sasaran kerana membenarkan pengebumian diktator itu, yang disingkir dalam satu kebangkitan besar-besaran "kuasa rakyat" tiga dekad lalu.

Penunjuk perasaan memegang sepanduk bertulis "Digong traitor, a lapdog of the dictator," merujuk Duterte, menggunakan nama gelarannya.

Berpuluh pelajar berkumpul di luar istana presiden di ibu kota ini dalam bantahan berasingan dan membakar patung Marcos dalam keranda olok-olok. -AP

Berita Harian X