Isnin, 21 November 2016 | 7:16am
Argentina dilanda gempa bumi 6.4 magnitud. - Foto USGS
Argentina dilanda gempa bumi 6.4 magnitud. - Foto USGS

Gempa kuat 6.4 magnitud landa Argentina, Chile

WASHINGTON: Gempa bumi kuat 6.4 magnitud menggegarkan barat Argentina dan di sebelah timur Santiago, ibu negara Chile yang berhampiran, demikian lapor Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Pusat gegaran gempa dilaporkan di 25.75 kilometer di barat daya bandar San Juan, di Argentina dan kira-kira 290 km) di timur laut Santiago di Chile.

Gegaran pada awalnya dilaporkan 6.7 magnitud namun bacaannya dikemaskini kemudian kepada 6.4 magnitud.

Sementara itu, gempa di Argentina menyebabkan bangunan bergoncang meskipun setakat ini belum ada laporan mengenai kerosakan atau kehilangan nyawa.

Pengarah Institut Seismik Argentina, Alejandro Giuliano, berkata tiada laporan awal mengenai kerosakan namun tidak menolak kemungkinan binaan kurang kukuh akan mengalami kerosakan teruk susulan gegaran kuat gempa.

Tentera laut Chile pula menolak kemungkinan ancaman tsunami selepas gempa berkenaan. - REUTERS

Berita Harian X