MANILA: Mahkamah Agung akhirnya membenarkan bekas diktator Filipina, mendiang Ferdinand Marcos dikebumikan di tanah perkuburan wira negara dalam keputusan sangat kontroversi yang menurut pengkritik akan menutup semua jenayah serta memecahbelahkan negara.
Hakim mengundi dengan majoriti jelas untuk menyokong keputusan Presiden Rodrigo Duterte bagi membenarkan pengebumian di 'Pusara Pahlawan' di Manila, kata jurucakap mahkamah, Theodore Te kepada pemberita. - AFP