Selasa, 8 November 2016 | 11:12am

Pilihan raya presiden: Pungutan suara, ramalan kekal sengit

KELIHATAN Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama (kiri) bersama calon presiden Demokratik Hallary Clinton melambaikan tangan kepada penyokong di atas pentas pada kempen pilihan raya di Philadelphia, Pennsylvania, AS. Turut sama menyokong, bekas Presiden AS, Bill Clonton dan artis, Jon Bon Jovi (kanan). - Foto REUTERS

WASHINGTON: Pungutan suara dan ramalan terkini sehari sebelum rakyat Amerika Syarikat keluar mengundi dalam pilihan raya paling memecahbelahkan dalam sejarah negara itu menunjukkan persaingan kekal sengit dengan Hillary Clinton sedikit mendahului.

Calon presiden Demokratik itu mendahului pesaing Republikan Donald Trump dengan 3.2 peratus, demikian menurut purata pungutan suara oleh laman web RealClearPolitics.

Angka itu diperoleh selepas Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berkata tiada unsur jenayah dikesan dalam penggunaan pelayan emel peribadi Clinton, sekali gus menyaksikan Trump memperluas pengaruhnya dengan memanipulasi skandal itu.

Pungutan suara terbaharu oleh CBS hari ini, memberi Clinton empat peratus kelebihan markah dengan 45 peratus sokongan berbanding 41 peratus untuk Trump dalam pertarungan empat hala termasuk calon Liberty, Gary Johnson dan calon Parti Hijau,

Jill Stein masing-masing dengan lima dan dua peratus.

NBC meramalkan beliau akan menang 274 undi pemilih berbanding 170 untuk Trump, sambil menambah pilihan raya di negeri-negeri yang memegang baki 94 undi pilihan raya adalah angka yang terlalu sengit.

Pun begitu, ia sudah cukup untuk memberi laluan buat Clinton melepasi garisan penamat dengan 270 undi pilihan raya yang diperlukan untuk memenangi majoriti. - Agensi

Berita Harian X