Sabtu, 22 Oktober 2016 | 11:22am
SERAMAI 55 orang terbunuh manakala hampir 600 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah kereta api yang sarat dengan penumpang tergelincir di Eseka, semalam. - Foto AFP
SERAMAI 55 orang terbunuh manakala hampir 600 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah kereta api yang sarat dengan penumpang tergelincir di Eseka, semalam. - Foto AFP

55 terbunuh kereta api tergelincir di Cameroon

YAOUNDE, Cameroon: Seramai 55 orang terbunuh manakala hampir 600 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah kereta api yang sarat dengan penumpang tergelincir semalam.

Menteri Pengangkutan, Edgar Alain Mebe Ngo'o, berkata kereta api dari bandar Yaounde menuju ke Douala itu sarat dengan penumpang dan tergelincir sebelum tiba di pusat bandar Eseka.

Menurut Edgar, sebuah jambatan yang menghubungkan bandar Yaounde dan Douala runtuh akibat hujan lebat Khamis lalu, mengakibatkan kesesakan lalu lintas melampau dan memaksa pengguna untuk menaiki kereta api.

"Punca kemalangan masih disiasat dan sebahagian mangsa yang cedera dilaporkan dalam keadaan tenat," kata beliau kepada penyair rasmi CRTV. - AFP

Berita Harian X