KINSHASA: Sekurang-kurangnya 17 orang maut apabila pertempuran meletus di sini dalam tunjuk perasaan besar-besar oleh pembangkang, kata menteri Republik Demokratik Congo hari ini.
Bagaimanapun, menteri itu berkata, angka kematian itu masih 'bersifat sementara'.
Menteri Dalam Negeri, Evariste Boshab pada sidang akhbar di sini berkata, di antara mereka yang terkorban ialah '14 orang awam yang mencuri barangan' dan tiga polis termasuk seorang 'dibakar hidup-hidup'. - AFP