Selasa, 6 September 2016 | 11:24pm

Durex perkenal kondom perisa terung, pengguna Twitter histeria

LONDON: Oren, coklat dan kiwi adalah antara beberapa perisa kondom yang boleh dibeli pasangan bagi mengeratkan hubungan.

Kini syarikat gergasi pencegah kehamilan, Durex, mengumumkan 'pelancaran', perisa baharu yang agak luar biasa bagi produk itu.

Syarikat global itu membuat pengumuman dalam Twitter pagi ini, mendedahkan perisa terbaru sarung getah itu adalah terung.

Menghantar tweet imej kotak baharu, mereka menulis: "Berita tergempar (#BreakingNews). Kami melancarkan perisa baharu yang enak, perisa terung!"

Idea memperkenalkan perisa savuri mendapat inspirasi daripada emoji terung yang sering digunakan sebagai gambaran kemaluan lelaki dalam mesej teks dan tweet."

Bagaimanapun syarikat itu mendedahkan, mereka tiada perancangan melancarkan kondom itu dan tweet itu adalah sebahagian kempen mempromosi hubungan seks selamat.

Walaupun mereka akhirnya menjelaskan hasrat sebenar, ramai pengguna Twitter tertipu dengan tweet asal, beralih kepada media sosial untuk berkongsi reaksi.

Ketika sesetengah gembira dengan berita itu, ramai masih tidak yakin.

Papa CJ memberi amaran kepada syarikat itu, perkataan yang digunakan mungkin mengelirukan.

"Mungkin anda perlu mengelak menggunakan perkataan "Berita Tergempar" jika anda hanyalah jenama kondom. Nasib anda, mungkin anda tidak bertuah!:

Nishant Kaushik enggan terlepas menambah komen di atas: "Bagi mengelak mencantumkan telur."

Emma pula berlawak: "membawa perkataan baharu terhadap kehidupan seks sihat". - Agensi

Berita Harian X