Isnin, 5 September 2016 | 7:15pm

Putin belum putuskan tanding lagi jawatan Presiden

PRESIDEN Russia Vladimir Putin. - Foto Reuters
PRESIDEN Russia Vladimir Putin. - Foto Reuters

MOSCOW: Presiden Russia Vladimir Putin yang sudah mentadbir negara itu selama 16 tahun memaklumkan beliau masih belum membuat keputusan sama ada akan bertanding lagi untuk jawatan itu.

Putin dipilih pada 2000 selepas Boris Yeltsin menamakan beliau sebagai pengganti dan meletak jawatan pada malam Tahun Baharu.

Dalam satu temu bual dengan agensi berita Bloomberg, Putin berkata, masih terlalu awal untuk membincangkan kemungkinan tempoh pemerintahannya bagi penggal keempat dan beliau masih belum membuat keputusan.

Putin meletak jawatan pada 2008 kerana had tempoh pemerintahan dan menjawat jawatan Perdana Menteri untuk tempoh empat tahun sebelum bertanding untuk Presiden sekali lagi, pada 2012.

Populariti beliau menurun sebelum Russia menduduki Crimea, pada 2014. Tindakan itu amat popular dalam kalangan pengundi Russia. - AP

Berita Harian X