Rabu, 31 Ogos 2016 | 1:52pm

Gempa bumi 6.7 magnitud dekat Papua New Guinea

SYDNEY: Gempa bumi dengan kekuatan 6.7 magnitud melanda pesisir Papua New Guinea hari ini, kata pegawai.

Menurut pihak berkuasa, setakat ini tiada amaran tsunami dikeluarkan di seluruh Pasifik.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran yang dianggarkan pada kedalaman hampir 500 kilometer, melanda kira-kira 900 kilometer ke timur laut ibu negara Port Moresby.

"Berdasarkan data yang ada, dijangkakan tiada ancaman tsunami di seluruh Pasifik," kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpangkalan di Hawaii.

Ahli seismologi Australia pula menganggarkan gempa bumi yang melanda di kawasan New Britain di timur Papua New Guinea itu mempunyai kekuatan 6.5 magnitud.

"Ia hanya 10 hingga 20 kilometer di luar pesisir pantai tetapi masih dalam dan tidak akan mencetus sebarang kesan buruk sama sekali.

Tiada tsunami," kata ahli seismologi, Jonathan Bathgate kepada AFP.

Gempa bumi adalah perkara biasa di Papua New Guinea yang terletak di Lingkaran Api Pasifik, kawasan panas bagi aktiviti seismik disebabkan oleh geseran antara plat tektonik. - AFP

Berita Harian X