Selasa, 9 Ogos 2016 | 11:49pm

Rancangan Duterte semadi Marcos dibantah

RODRIGO Duterte. - Foto AP
RODRIGO Duterte. - Foto AP

MANILA: Satu suruhanjaya sejarah, bekas mangsa hak asasi manusia dan kumpulan berhaluan kiri di Filipina membantah rancangan Presiden Rodrigo Duterte untuk mengebumikan mendiang diktator Ferdinand Marcos di makam pahlawan, mencetuskan perbalahan politik dan perdebatan emosi.

Sebuah kumpulan gabungan membantah perancangan itu menyatakan, Marcos adalah seorang penjarah yang mengarahkan penyiksaan dan kematian ribuan pengkritiknya.

Duterte memberi kelulusan kelmarin untuk persemadian itu, dijangka dilakukan bulan depan.

Katanya, Marcos yang disingkirkan dalam satu kebangkitan "kuasa rakyat" 1986, layak disemadikan di makam kendalian tentera sebagai bekas askar dan presiden.

Sementara itu, Suruhanjaya Sejarah Kebangsaan Filipina berkata, ia membantah pengebumian Marcos kerana rekod tenteranya "satu penipuan penuh dengan mitos, tidak konsisten dari segi fakta dan dusta." - AP

Berita Harian X