Isnin, 8 Ogos 2016 | 11:49pm

50 maut dalam bantahan hujung minggu di Habsyah

KIRA-KIRA 50 orang terbunuh dalam pertembungan hujung minggu di Habsyah antara polis dan penunjuk perasaan anti-kerajaan. - Foto REUTERS
KIRA-KIRA 50 orang terbunuh dalam pertembungan hujung minggu di Habsyah antara polis dan penunjuk perasaan anti-kerajaan. - Foto REUTERS

ADDIS ABABA: Kira-kira 50 orang terbunuh dalam pertembungan hujung minggu di Habsyah antara polis dan penunjuk perasaan anti-kerajaan, kata sumber pembangkang dan diplomatik hari ini.

Bantahan melanda rantau meluas Oromia dan malah sampai ke ibu kota ini, insiden jarang berlaku di sebuah negara dengan kerajaan dianggap antara paling menindas di Afrika.

"Kami mendapat laporan antara 48 hingga 50 penunjuk perasaan terbunuh di Oromia. Angka kematian mungkin lebih tinggi kerana ramai yang cedera," kata pemimpin pembangkang Kongres Rakyat Oromo, Merera Gudina.

Seorang diplomat mengesahkan 49 orang terbunuh di seluruh Oromia, rantau merintangi tengah-barat Habsyah dan di Amhara, di utara.

Dengan sekurang-kurangnya 27 juta penduduk, Oromia mempunyai penduduk paling padat dan memiliki bahasanya sendiri, Oromo, berbeza daripada bahasa rasmi Habsyah, Amharic. - AFP

Berita Harian X