Isnin, 8 Ogos 2016 | 10:07pm

Jamaat-ur-Ahrar mengaku serang hospital

ISLAMABAD: Sayap kiri Taliban Pakistan, Jamaat-ur-Ahrar hari ini mengaku bertanggungjawab dalam serangan bunuh diri di sebuah hospital di barat daya negara itu yang mengorbankan sekurang-kurangnya 70 orang.

"Kumpulan Jamaat-ur-Ahrar Tehreek-e-Taliban Pakistan mengaku bertanggungjawab atas serangan ini dan berikrar untuk terus melakukan serangan seperti itu.

"Kami akan mengeluarkan satu laporan video tidak lama lagi," kata jurucakapnya Ehsanullah Ehsan dalam satu e-mel.

Pergerakan Islam itu sebelum ini melakukan pengeboman Hari Easter di bandar timur Lahore Mac lalu yang mengorbankan 72 orang, kebanyakannya kanak-kanak, di sebuah taman penuh sesak. -Reuters

Berita Harian X