Ahad, 31 Julai 2016 | 5:36pm

7 maut maut serangan di Somalia

KEADAAN kereta yang meletup di luar pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Somalia, hari ini. - Foto EPA
KEADAAN kereta yang meletup di luar pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Somalia, hari ini. - Foto EPA

MOGADISHU: Sekurang-kurangnya tujuh orang termasuk dua penyerang maut dalam serangan bom dan tembakan oleh kumpulan militan al Shabaab ke atas ibu pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Somalia, hari ini, kata polis.

"Kita mengesahkan tujuh orang mati termasuk orang awam dan dua militan," kata pegawai polis, Ali Mohamed.

Beliau berkata, polis menembak mati dua penyerang yang menyerbu masuk ke dalam bangunan berkenaan selepas dua bom kereta meletup di luar. - Reuters

Berita Harian X