Ahad, 3 Julai 2016 | 1:46pm
Seramai 12 pelombong dikhuatiri terperangkap di sebuah lombong arang batu di utara Beijing yang dilanda banjir- Foto www.scmp.com
Seramai 12 pelombong dikhuatiri terperangkap di sebuah lombong arang batu di utara Beijing yang dilanda banjir- Foto www.scmp.com

12 pelombong China terperangkap

BEIJING: Seramai 12 pelombong dikhuatiri terperangkap di sebuah lombong arang batu di utara negara itu yang dilanda banjir, lapor Pemantau keselamatan China.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 11 malam semalam di Shanxi, wilayah yang kaya dengan arang batu.

Pentadbiran Keselamatan Kerja Negeri, dalam satu kenyataan dalam talian hari ini, berkata 94 pelombong sedang bekerja di bawah tanah di lombong milik kerajaan tempatan itu dan 82 daripada mereka berjaya diselamatkan.

Lombong di China dikenali antara yang paling merbahaya di dunia, tetapi peningkatan dalam keselamatan mengurangkan kadar kematian sejak beberapa tahun kebelakangan ini. - AP

Berita Harian X