Isnin, 27 Jun 2016 | 4:21pm

Landasan 2 Lapangan Terbang Changi beroperasi semula

KEADAAN enjin pesawat Singapore Airlines, Penerbangan SG368 yang terbakar ketika mendarat di Landasan 2 Lapangan Terbang Changi, awal pagi tadi. - Foto EPA
KEADAAN enjin pesawat Singapore Airlines, Penerbangan SG368 yang terbakar ketika mendarat di Landasan 2 Lapangan Terbang Changi, awal pagi tadi. - Foto EPA

SINGAPURA: Landasan 2 Lapangan Terbang Changi kini kembali beroperasi setelah dibersihkan dan dijalankan pemeriksaan.

Terdahulu, pesawat Singapore Airlines, Penerbangan SQ368 yang dalam penerbangan ke Milan, berpatah balik dan mendarat cemas di landasan itu kerana mengalami masalah awal pagi ini.

Pesawat berkenaan sudah ditunda ke tempat lain.

Dalam maklumat yang dikemas kini melalui Facebooknya, Lapangan Terbang Changi menyatakan apabila pesawat itu mendarat di Landasan 2, enjinnya terbakar, tetapi berjaya dipadam dalam masa beberapa minit oleh pasukan Perkhidmatan Kecemasan Lapangan Terbang, yang diletakkan dalam keadaan tunggu sedia.

Pesawat itu berpatah balik ke lapangan terbang berkenaan pada kira-kira 6.50 pagi ini setelah mendapat mesej amaran mengenai masalah minyak enjin.

Pesawat itu pada mulanya berlepas dari Changi pada kira-kira 2.25 pagi.

Semua penumpang dan anak kapal dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. - BERNAMA

Berita Harian X