Ahad, 26 Jun 2016 | 12:59am
PESURUHJAYA Britain Eropah, Jonathan Hill mengumumkan meletak jawatan. - Foto REUTERS
PESURUHJAYA Britain Eropah, Jonathan Hill mengumumkan meletak jawatan. - Foto REUTERS

Pesuruhjaya EU Britain letak jawatan selepas Brexit

BRUSSELS: Pesuruhjaya Britain Eropah, Jonathan Hill mengumumkan meletak jawatan susulan keputusan negaranya keluar daripada Kesatuan Eropah (EU), hari ini.

Katanya, keputusan itu dibuat dengan rasa kecewa tetapi akur dengan apa yang sudah diputuskan kerana tahu ia sukar untuk diubah.

Ketua Pesuruhjaya EU, Jean-Claude Juncker, berkata jawatan Hill sebagai ketua perkhidmatan kewangan akan diambil alih oleh Timbalan Pesuruhjaya EU, Valdis Dombrovskis. Tetapi jawatan itu masih terbuka untuk pesuruhjaya British baharu.

"Memandangkan kita bergerak ke fasa baharu, saya tidak rasa ia adalah sesuatu yang betul untuk saya terus menjawat jawatan Pesuruhjaya British sedangkan tiada apa yang berlaku," katanya. - AFP

Berita Harian X