Selasa, 14 Jun 2016 | 8:15am
KANAK-KANAK malang menerima rawatan di hospital Jalandhar. - Foto AFP
KANAK-KANAK malang menerima rawatan di hospital Jalandhar. - Foto AFP

Budak melecur terjatuh atas bara arang

BAPA kanak-kanak tidak sengaja terjatuh bersama anak lelaki berusia enam tahun di atas arang panas semasa upacara Hindu di Jalandhar, India. - Foto AFP
BAPA kanak-kanak tidak sengaja terjatuh bersama anak lelaki berusia enam tahun di atas arang panas semasa upacara Hindu di Jalandhar, India. - Foto AFP

JALANDHAR (India): Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun melecur teruk selepas terjatuh ke atas arang panas semasa upacara keagamaan Hindu apabila terlepas dari dukungan bapanya, kata doktor semalam.

Bapa kanak-kanak itu dikatakan hilang keseimbangan badan ketika berjalan berkaki ayam di atas bara api sambil mendukung anaknya, Kartik, Ahad lalu, kata sumber.

Orang ramai kemudian segera menyelamatkan budak lelaki itu dan membawanya ke hospital selepas anggota keluarga lain enggan menemaninya kerana percaya tuhan akan menyembuhkannya.

"Kanak-kanak itu dimasukkan ke wad kecemasan malam Ahad lalu. Dia mengalami kecederaan pada anggota badan dan sebelah peha," kata Dr Jangpreet Singh kepada AFP.

"Badan bapanya juga dilaporkan 15 peratus melecur. Saya rasa ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya lima hingga tujuh hari untuk luka-luka mereka itu sembuh," katanya. - AFP

Berita Harian X