Jumaat, 10 Jun 2016 | 7:15am

3 maut pesawat rempuh kereta di Houston

ANGGOTA keselamatan melakukan penyiasatan di lokasi nahas. - Foto AP
ANGGOTA keselamatan melakukan penyiasatan di lokasi nahas. - Foto AP

HOUSTON: Tiga terbunuh apabila sebuah pesawat kecil terhempas ke sebuah tempat letak kereta berdekatan Lapangan Terbang Houston.

Jurucakap Bomba Houston, Jay Evans, berkata nahas berlaku jam 1 tengah hari apabila merempuh sebuah kereta yang diletakkan berhampiran kedai perkakasan logam berdekatan Lapangan Terbang Hobby.

Kapten Bomba, Ruy Lozano pula, berkata pegawai keselamatan percaya tiga maut dalam nahas itu namun tiada mangsa di dalam kereta yang dilanggar pesawat.

gn4id:14136693

Sementara itu, pegawai Biro Pengangkutan Nasional (NTSB), Tom Latson berkata pihaknya masih menyiasat mengenai punca kejadian.

Pegawai NTSB berkata, pesawat berlepas dari Norman, Oklahoma, dan cuba mendarat di Lapangan Terbang Hobby apabila pusat kawalan trafik memberitahu juruterbang bahawa kedudukannya terlalu tinggi dan diarah membuat pusingan.

"Semasa pendaratan kali kedua, pusat kawalan trafik masih mendapati pesawat terlalu tinggi dan diarah semula membuat pusingan namun pesawat berpatah ke kiri dan menjunam ke tempat letak kereta," katanya. - AP

Berita Harian X