Rabu, 8 Jun 2016 | 6:09pm

Wanita Pakistan bakar anak perempuan

LAHORE: Polis Pakistan berkata seorang wanita ditahan selepas mencurah minyak tanah dan membakar anak perempuannya hidup-hidup kerana mengingkari larangan keluarga daripada berkahwin dengan kekasihnya.

Pegawai polis, Sheikh Hammad, berkata pembunuhan itu berlaku hari ini di Lahore.

Katanya, suspek, Parveen Rafiq, didakwa mengaku mengikat anak perempuannya, Zeenat Rafiq, 18, ke katil dengan bantuan anak lelakinya, Ahmar Rafi, mencurah minyak tanah ke atas gadis itu dan membakarnya.

Hampir 1,000 wanita dibunuh setiap tahun dalam apa yang digelar pembunuhan bermaruah di Pakistan kerana melanggar budaya konservatif biasa berkaitan percintaan dan perkahwinan.

Seorang guru sekolah dibakar hidup-hidup minggu lalu kerana enggan berkahwin dengan lelaki dua kali ganda usianya. - AP

Berita Harian X