Rabu, 1 Jun 2016 | 5:53pm

Pemimpin junta Thailand tidak hirau kritikan

 PERDANA Menteri Thailand, Chan-O-Cha. - Foto AFP
PERDANA Menteri Thailand, Chan-O-Cha. - Foto AFP

BANGKOK: Pemimpin junta Thailand menolak kritikan yang dilemparkan terhadap mereka hari ini, dengan berazam untuk kekal berkuasa walaupun amat dibenci ketika ketegangan memuncak sebelum satu pungutan suara yang didakwa kerajaan tentera akan membuka jalan untuk pilihan raya.

Dua tahun lalu, Perdana Menteri Chan-O-Cha merampas kuasa daripada kerajaan pilihan rakyat ketika bertindak sebagai ketua tentera dengan berjanji memulihkan perpecahan politik selama berdekad-dekad.

Namun rejim beliau mengekang hak kebebasan bersuara, mengharamkan aktiviti politik dan menulis sebuah perlembagaan baharu untuk mengukuhkan peranan tentera dalam kerajaan.

"Saya tidak akan ke mana-mana selagi negara itu tidak aman dan teratur. Saya tidak akan pergi walaupun kamu amat membenci saya," kata Prayut di Bangkok. - AFP

Berita Harian X