Selasa, 24 Mei 2016 | 11:53am

Angelina Jolie mengajar di London School of Economics

PEMENANG anugerah Oscar, Angelina Jolie. - Foto Reuters
PEMENANG anugerah Oscar, Angelina Jolie. - Foto Reuters

LONDON: Pemenang anugerah Oscar, pengarah dan aktivis Angelina Jolie dilantik sebagai profesor jemputan di sebuah universiti paling berprestij di Britain, The London School of Economics (LSE).

Semalam, LSE mengumumkan Jolie akan bekerjasama dengan pelajar ijazah sarjana berkaitan Wanita, Keamanan dan Keselamatan.

Selain Jolie, tenaga pengajar jemputan lain yang turut serta adalah bekas Setiausaha Luar British, William Hague.

"Saya berharap institusi akademik lain akan mencontohinya, kerana adalah penting untuk kita meluaskan skop perbincangan mengenai bagaimana untuk memajukan hak wanita dan menamatkan perlakuan sewenang-wenang ke atas jenayah yang memberi kesan tidak seimbang kepada wanita, seperti keganasan seksual ketika konflik," kata Jolie dalam satu kenyataan.

"Saya tidak sabar untuk mengajar dan belajar daripada pelajar juga untuk berkongsi pengalaman saya sendiri ketika bekerjasama dengan kerajaan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)." - AP

Berita Harian X