Jumaat, 20 Mei 2016 | 3:23pm
Suhu di Phalodi, India mencecah 50.6 darjah Celsius pada 1956. - Foto ihsan http://www.skymetweather.com/
Suhu di Phalodi, India mencecah 50.6 darjah Celsius pada 1956. - Foto ihsan http://www.skymetweather.com/

India catat suhu 51 darjah Celsius

NEW DELHI: Sebuah bandar di utara India memecah rekod panas kebangsaan apabila mencatatkan suhu 51 darjah Celsius semalam, menurut Jabatan Meteorologi India.

Rekod baharu di Phalodi, sebuah bandar di negeri gurun Rajasthan, dicatatkan ketika gelombang panas melanda negara berkenaan.

Rekod sebelum ini adalah 50.6 darjah Celsius pada 1956.

"Semalam adalah suhu paling panas pernah direkodkan di negara ini, iaitu 51 darjah Celsius di Phalodi," kata Pengarah Jabatan Meteorologi India, B P Yadav, hari ini.

Suhu di utara India sering mencapai tahap tinggi sekitar 40 darjah Celsius pada Mei dan Jun setiap tahun, namun paras 50 darjah Celsius adalah luar biasa. - AFP

Berita Harian X