Isnin, 16 Mei 2016 | 11:58pm

COO Britannica bunuh diri

VINEET Whig terjun dari tingkat 19 pangsapurinya yang terletak di Cyber City, pagi semalam. - Foto Google
VINEET Whig terjun dari tingkat 19 pangsapurinya yang terletak di Cyber City, pagi semalam. - Foto Google

GURGAON, India: Ketua Pegawai Operasi (COO) syarikat antarabangsa berusia 47 tahun dilaporkan terjun dari bangunan kediaman di Fasa III DLF di sini, semalam.

Vineet Whig yang bertugas dengan Encylopedia Britannica Bahagian Asia Selatan, terjun dari tingkat 19 pangsapurinya yang terletak di Cyber City, pagi semalam.

Polis menemui nota bunuh diri dalam poketnya yang menyatakan dia menamatkan hidupnya kerana sudah berputus asa dengan dirinya.

Vineet tinggal di DLF Belvedere Park bersama bapa, isteri dan dua anak lelaki dan seorang perempuan. Anak sulungnya berusia 19 tahun dan belajar di sebuah kolej.

Berita kematiannya mengejutkan ahli keluarga dan bapanya, Om Whig dilaporkan terkena serangan jantung selepas mendengar berita buruk itu dan kini dirawat di hospital.

Whig yang minat mengambil gambar, gemarkan hidupan liar dan muzik, banyak mengembara ke negara lain termasuk Jepun, Belanda dan Korea Selatan.

Foto beliau juga pernah tersiar di majalah National Geographic Traveller. - Agensi

Berita Harian X