Sabtu, 7 Mei 2016 | 10:41pm

3 pekerja Palang Merah dibebaskan

KINSHASA: Tiga pekerja Palang Merah yang diculik kumpulan lelaki bersenjata di timur Republik Congo sudah dibebaskan, kata Jawatankuasa Palang Merah (ICRC), hari ini.

Ketua delegasi ICRC di Congo, Dr Alessandra Menegon berkata, mereka lega pengalaman pahit ketiga-tiga pekerja terbabit berakhir dan kini mereka kembali ke pangkuan keluarga.

"Bagaimanapun, kami kesal penculikan itu berlaku. Tindakan seperti ini meletakkan risiko terhadap tugas pekerja bantuan yang berusaha membantu kumpulan yang terjejas disebabkan konflik," kata Menegon dalam satu kenyataan.

Jurucakap ICRC di timur Congo, Elisabeth Cloutier memberitahu AFP, ketiga-tiga pekerja itu kembali ke bandar Goma, ibu negeri wilayah utara Kivu, pada pagi Sabtu, sehari selepas mereka di bebaskan.

"Tiada wang tebusan dibayar oleh pihak ICRC," kata Eilsabeth. - AFP

Berita Harian X