Rabu, 27 April 2016 | 8:05am

11 mati insiden tembak di Cape Verde

PEGAWAI polis bersenjata mengawal jalan menuju ke kedutaan Sepanyol di Praia, Cape Verde. - Foto REUTERS
PEGAWAI polis bersenjata mengawal jalan menuju ke kedutaan Sepanyol di Praia, Cape Verde. - Foto REUTERS

PRAIA: Sebelas orang ditembak mati di Republik Cape Verde pada Selasa termasuk lapan askar, seorang orang awam dan dua warga Sepanyol, kata menteri dalam negeri negara itu dalam kenyataan.

Menteri Dalam Negeri, Paulo Rocha berkata, mangsa ditembak di tapak telekomunikasi di Monte Tchota, kawasan hutan di pulau Santiago kira-kira 27 kilometer utara ibu negara, Praia.

"Seorang askar yang ditugaskan dalam pasukan tentera didapati hilang dan kemungkinan besar dia bertanggungjawab atas kejadian ini," kata Rocha sambil menambah mangsa berumur di antara 20 dan 51 tahun.

Rocha berkata, kemungkinan kehendak peribadi menjadi punca di sebalik insiden berkenaan dan menolak kemungkinan serangan itu ditujukan kepada kerajaan serta meminta semua pihak bertenang.

Mangsa warga Sepanyol itu pula adalah juruteknik yang bertugas di tapak berkenaan dan orang awam terbabit ialah seorang pembantu.

Katanya, tiada petunjuk bahawa kejadian itu mempunyai kaitan dengan pengedaran dadah. - AFP

Berita Harian X