Rabu, 27 April 2016 | 12:19am

Pasangan kekasih 'Descendants of the Sun' sertai siri khas 'Running Man'

KIM Ji-won dan Jin Goo.
KIM Ji-won dan Jin Goo.

SEOUL: Pasangan kekasih "Goo-Won" dalam siri drama televisyen popular "Descendants of the Sun" akan membintangi episod akan datang rancangan pelbagai kendalian SBS, "Running Man," menurut media tempatan.

Dalam satu temuramah dengan TV Report, sumber dalaman industri hiburan enggan dikenali berkata, "Kim Ji-won dan Jin Goo akan mengambil bahagian dalam rakaman program dijadualkan Isnin ini."

Aktor David McInnis, yang memegang peranan sebagai watak antagonis Argus dalam drama sama, juga dikatakan akan mengambil bahagian dalam rancangan itu.

Episod "Running Man" yang memaparkan pelakon "Descendants of the Sun" itu akan disiarkan di televisyen 1 Mei ini. -AGENSI

Berita Harian X