Jumaat, 15 April 2016 | 12:55pm

Gelombang panas landa India, 130 maut

AGENSI kaji cuaca meramalkan suhu akan meningkat satu hingga dua darjah dalam masa dua hingga tiga hari, terutama di barat India, Telangana and Rayalseema. - Foto hiasan
AGENSI kaji cuaca meramalkan suhu akan meningkat satu hingga dua darjah dalam masa dua hingga tiga hari, terutama di barat India, Telangana and Rayalseema. - Foto hiasan

NEW DELHI: Gelombang kepanasan terus melanda di kebanyakan bahagian di India, menjadikan angka kematian meningkat kepada sekurang-kurangnya 130 ketika suhu panas memecahkan rekod di beberapa tempat.

Daripada jumlah itu, 100 meninggal dunia di Telangana dan Andhra Pradesh manakala 30 lagi di Odisha.

Ketika tengah dan semenanjung India berterusan menyaksikan April paling panas dalam beberapa tahun, agensi kaji cuaca meramalkan suhu akan meningkat satu hingga dua darjah dalam masa dua hingga tiga hari, terutama di barat India, Telangana and Rayalseema.

Pegawai kaji cuaca berkata, utara India turut menyaksikan gelombang kepanasan di rantau itu, termasuk kawasan metropolitan dalam masa dua hingga tiga hari.

Bagaimanapun, suhu dijangka turun menjelang Ahad apabila ribut pasir mungkin mendinginkan wilayah utara.

Suhu mencecah 44 darjah Celsius di tiga daerah di Telangana pada Khamis, sehari selepas Hyderabad memecah rekod 43 tahun dengan suhu mencecah 43 darjah Celsius.

Jabatan Kaji Cuaca India berkata, suhu boleh mencecah 45 darjah bulan ini. - Agensi

Berita Harian X