Selasa, 29 March 2016 | 9:04pm

Pakistan tahan 216 suspek militan

ANGGOTA penyiasat menyiasat di kawasan letupan pengeboman bunuh diri di taman tema Gulshan-i-Iqbal. - Foto AFP
ANGGOTA penyiasat menyiasat di kawasan letupan pengeboman bunuh diri di taman tema Gulshan-i-Iqbal. - Foto AFP

LAHORE: Pakistan menahan lebih 200 orang sejak insiden pengeboman di taman tema hari Easter Ahad lalu yang mengorbankan 73 orang termasuk majoriti kanak-kanak, kata pihak berkuasa tempatan hari ini, ketika militan di sebalik serangan itu mencemuh perdana menteri.

Beratus pengunjung lain di taman tema Gulshan-i-Iqbal cedera dalam pengeboman bunuh diri didakwa dilakukan Jamaat-ul-Ahrar, serpihan Taliban Pakistan, yang mana nama rasminya adalah Tehreek-i-Taliban Pakistan (TTP).

Seorang jurucakap militan berkata, ia menyasarkan penduduk Kristian, masyarakat minoriti dalam majoriti penduduk Islam Pakistan.

"Lebih 5,000 orang diperiksa dan disoal siasat, kebanyakannya sudah dibebaskan, namun 216 lagi ditahan untuk siasatan lanjut," kata Menteri Perundangan Wilayah Punjab, Rana Sanaullah kepada media hari ini.

Sanaullah berkata, polis, tentera separa dan ejen perisikan melancarkan 56 operasi perisikan dalam tempoh 24 jam lalu di Punjab. -AFP

Berita Harian X