LAHORE: Pengebom nekad menyebabkan sekurang-kurangnya 56 orang terbunuh dan lebih 200 cedera di kawasan parkir sebuah taman awam di bandar raya ini, hari ini.
"Sekurang-kurangnya 56 terbunuh selepas pengebom nekad meletupkan diri di Taman Gulshan Iqbal di Lahore," kata jurucakap Penyelamat 112, Jam Sajjad Hussain, sambil menambah lebih 200 orang cedera dan dikejarkan ke beberapa hospital di bandar itu.
Beliau menambah, kebanyakan yang cedera adalah wanita dan kanak-kanak.
Pakistan, sebuah negara kuasa nuklear dengan 190 juta penduduk terjejas akibat pemberontakan Taliban, geng jenayah dan keganasan mazhab.
Punjab, wilayah terbesar dan paling kaya negara itu adalah juga kawasan Perdana Menteri, Nawaz Sharif. - Reuters