Isnin, 21 March 2016 | 12:31am

Tentera Kenya bunuh 34 pelampau Al-Shabaab

JURUCAKAP tentera, Kolonel David Obonyo.
JURUCAKAP tentera, Kolonel David Obonyo.

NAIROBI: Tentera Kenya berkata pihaknya berjaya membunuh 34 pelampau Al-Shabaab dalam pertempuran di Somalia.

Jurucakap tentera, Kolonel David Obonyo, berkata seramai 21 militan terbunuh dalam pertempuran di bandar selatan Afmadow, semalam.

Katanya, dua tentera Kenya turut terkorban dalam letupan bom di tepi jalan.

Menurut Kumpulan Perisikan SITE yang memantau kumpulan jihad berkata, Al-Shabaab membunuh berpuluh tentera Kenya dan menawan dua daripada mereka dalam serangan itu.

Obonyo menambah, tentera Kenya membunuh 13 lagi militan hari ini berhampiran Ras Kamboni di selatan Somalia.-AP

Berita Harian X