Ahad, 13 March 2016 | 11:21pm

Dua askar pengaman maut ditembak rakan

BAMAKO: Dua petugas pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terkorban manakala seorang lagi cedera akibat ditembak oleh rakan sekerja di utara Mali, kata misi PBB, kurang tiga minggu selepas berlaku kejadian hampir sama.

"Semalam (Sabtu) sekitar jam 1900 GMT, kejadian tragik berlaku di kem misi pengaman PBB di Mali (MINUSMA), Tessalit di wilayah Kidal di mana seorang askar pasukan pengaman melepaskan tembakan ke arah tiga rakan sejawatnya," kata kenyataan daripada misi MINUSMA tanpa memberikan kewarganegaraan suspek.

Kenyataan menambah, suspek sudah ditahan dan siasatan ke atas kejadian tembakan itu sedang dijalankan.

Hujung bulan lalu, seorang askar dari kontinjen tentera Chad membunuh komander sendiri dan seorang doktor tentera susulan tekanan hidup. - AFP.

Berita Harian X