Sabtu, 12 March 2016 | 11:11am

Patung Hindu lebih 1,000 tahun dirampas di New York

DALAM foto ini disediakan oleh Imigresen dan Penguatkuasaan Kastam Amerika Syarikat, sebuah patung India dipercayai berusia 1,000 dicuri dan diseludup keluar dari India. - Foto AP
DALAM foto ini disediakan oleh Imigresen dan Penguatkuasaan Kastam Amerika Syarikat, sebuah patung India dipercayai berusia 1,000 dicuri dan diseludup keluar dari India. - Foto AP

NEW YORK: Dua patung India berusia lebih 1,000 tahun dirampas pihak berkuasa daripada pelelong Christie selepas siasatan mendapati artifak itu diseludup keluar dari negara asal untuk di bawa ke New York.

Barangan purba itu sepatutnya dilelong pada minggu depan di bawah koleksi "The Lahiri Collection: Indian dan Himalayan Art, Ancient and Modern" atau Koleksi Lahiri, Seni India dan Himalaya, Purda dan Moden.

Kedua-dua patung terbabit diperbuat daripada batu kapur. Salah satu patung yang dipanggil "Stele of Rishabhanata" menggambarkan guru dengan kaki bersilang ditemani pelajar berdiri. Ia bernilai AS$150,000 (RM610,837) dan sudah wujud sejak kurun ke-10.

Patung kedua adalah gambaran jarang ditemui dewa penunggang kuda, Ravanta bernilai AS$300,000 (RM1.22 juta) daripada kurun ke-8.

Dalam kenyataannya, agensi pelelong Christie berkata, ia tidak akan menawarkan hasil seni curi dan turut bekerjasama dengan pihak berkuasa. "Christie berbelanja besar untuk menyiasat kesahihan objek sebelum ditawar untuk jualan," menurut kenyataan itu.

Mengikut maklumat siasatan berterusan sejak bertahun-tahun ejen persekutuan dan pejabat pekdakwa daerah Manhattan, patung Rishabhanata itu dijual pada 2006 atau 2007.

Penyiasat percaya kedua-dua patung terbabit datang daripada seorang penyeludup di India yang menunggu perbicaraan untuk banyak pertuduhan mencuri barangan purba membabitkan nilai berpuluh-puluh juta dolar dari tujuh negara. - AP

Berita Harian X