Isnin, 29 Februari 2016 | 1:03pm
MUMTAZ Qadri (kanan), pengawal peribadi Gabenor wilayah Punjab dihukum mati hari ini. - Foto AFP
MUMTAZ Qadri (kanan), pengawal peribadi Gabenor wilayah Punjab dihukum mati hari ini. - Foto AFP

Lelaki dihukum mati kerana bunuh gabenor

ISLAMABAD: Seorang lelaki dihukum mati hari ini selepas membunuh gabenor wilayah Punjab yang menggesa pembaharuan ke atas undang-undang menghina agama di negara itu yang membawa kepada hukuman mati kerana menghina Islam, kata polis Pakistan.

Beberapa jam kemudian penyokong banduan itu dengan mengadakan protes, menganggap beliau seorang wira yang mempertahankan keimanan, kata penyiar Geo TV.

Mumtaz Qadri, pengawal peribadi Gabenor wilayah Punjab, Salman Taseer, menembaknya di ibu negara, Islamabad dalam kejadian pada tahun 2011.

"Qadri dihukum gantung pada jam 4.30 pagi," kata pegawai kanan polis Rizwan Omar Gondal kepada Reuters melalui telefon.

Hukuman itu dilaksanakan di penjara Adiala di bandar Rawalpindi di luar Islamabad.

Taseer mempersoalkan hukuman mati ke atas seorang wanita Kristian yang didakwa menghina agama yang timbul berpunca daripada pertikaian peribadi.

Taseer berkata, undang-undang itu disalahgunakan dan harus diperbaharui. - Reuters

Berita Harian X