Rabu, 24 Februari 2016 | 10:32am

Indonesia hapus daerah pelacuran menjelang 2019

Khofifah Indar Parawansa
Khofifah Indar Parawansa

JAKARTA: Indonesia menyasarkan untuk menutup semua daerah lampu merah di negara ini menjelang 2019 dalam usaha membasmi pelacuran di negara majoriti Islam paling ramai di dunia, kata Jakarta Post memetik Menteri Hal Ehwal Sosial, semalam.

Kerajaan sudah menutup 68 daerah lampu merah, manakala 100 lagi akan ditutup dalam tempoh tiga tahun, kata Menterinya, Khofifah Indar Parawansa.

Walaupun diharamkan, pelacuran berleluasa di kebanyakan bandar utama Indonesia.

Gabenor Jakarta mula menutup hab pelacuran utama di bahagian utara ibu negara dan akan melaksanakan pengusiran pada Ahad.

Pada tahun 2014, Datuk Bandar bandar kedua terbesar di Indonesia, Surabaya, menutup daerah lampu merah terbesar di Asia Tenggara. - REUTERS

Berita Harian X