Sabtu, 20 Februari 2016 | 11:14pm
PEMIMPIN semasa Parti Kebangsaan Scotland (SNP), Nicola Sturgeon. - Sumber thesun.co.uk
PEMIMPIN semasa Parti Kebangsaan Scotland (SNP), Nicola Sturgeon. - Sumber thesun.co.uk

Scotland tuntut kemerdekaan jika Britain keluar EU

LONDON: Scotland akan mengadakan pungutan suara keluar daripada United Kingdom (UK) buat kali kedua, jika Britain mengundi keluar daripada Kesatuan Eropah (EU), kata bekas pemimpin nasionalis Scotland.

Nicola Sturgeon, pemimpin semasa Parti Kebangsaan Scotland (SNP) dan ketua kerajaan berkata, beliau menyokong untuk kekal bersama EU dan tinjauan menunjukkan majoriti daripada lima juta rakyat Scotland menyokong pandangan itu.

Bagaimanapun, undian Scotland jauh lebih kecil berbanding England dengan 53 juta penduduk dan mewakili 84 peratus penduduk di UK.

"Saya fikir keputusan pungutan suara di seluruh UK tidak menentu, ia bergantung bagaimana hujah diberikan. Saya tidak menilai perjanjian yang dibuat Cameron di Brussels, saya rasa ia mengenai isu kecil," kata bekas pemimpin SNP Alex Salmond kepada BBC.

Rakyat Scotland menolak keluar daripada UK dengan undian 55 peratus menolak berbalas 45 peratus menyokong pada tahun 2014. - Reuters

Berita Harian X