KAMPALA: Presiden Uganda Yoweri Museveni menyambung pemerintahan 30 tahunnya hari ini selepas memenangi penggal pemerintahan kelima, meraih 60 peratus undian dalam pilihan raya negara itu, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya.
Keputusan itu diumum Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya, Badru Kiggundu.
"Pihak suruhanjaya mengisytiharkan Yoweri Kaguta Museveni sebagai Presiden Republik Uganda," katanya. -AFP