Selasa, 16 Februari 2016 | 11:02pm
RISALAH keselamatan berkenaan wabak virus Zika, di Mexico City. - Foto AFP
RISALAH keselamatan berkenaan wabak virus Zika, di Mexico City. - Foto AFP

6 wanita hamil Mexico dijangkiti virus Zika

MEXICO CITY: Mexico mengesahkan enam wanita hamil dijangkiti virus Zika, menjadikan jumlah kes di negara itu mencecah 80.

Laporan Kementerian Kesihatan negara itu menyebut, lebih separuh daripada kes terbabit, termasuk empat wanita hamil itu dikesan di selatan negeri miskin iaitu Chiapas.

Seorang wanita hamil berada di barat daya negeri Oaxaca, manakala seorang lagi dari timur negeri Veracruz. - REUTERS

Berita Harian X