Isnin, 15 Februari 2016 | 10:42pm

Al Shabaab bunuh bekas Menteri Pertahanan Somalia

SEORANG lelaki melihat sebuah kereta dimusnahkan selepas pihak berkuasa berkata adalah serangan bom kereta yang mengorbankan Muhyadin Mohamed, yang juga bekas Menteri Pertahanan Somalia dan penasihat kepada Speaker parlimen Somalia, di ibu negara Mogadishu 15 Februari, 2016. - Foto REUTERS

NAIROBI: Kumpulan militan Al Shabaab membunuh bekas Menteri Pertahanan Somalia dengan bom kereta di ibu kota Mogadishu, hari ini.

Al Shabaab, yang dikaitkan dengan Al-Qaeda, memberitahu Reuters, ia memasang bom kereta yang mengorbankan Muhayadin Mohamed, yang juga penasihat kepada Speaker Parlimen Somalia.

Gambar diambil jurugambar Reuters dari tempat kejadian menunjukkan kerusi penumpang mengalami kerosakan teruk, dengan pintu penumpang berterbangan.

Jurucakap operasi ketenteraan Al Shabaab, Sheik Anbdiasis Abu Musab, berkata; "Kami menjadi dalang pembunuhan."

Seorang pegawai polis mengesahkan Mohamed terbunuh dan menambah, mangsa kedua dalam kereta terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Mohamed menjadi Menteri Pertahanan seketika tahun 2008 ketika peralihan kerajaan persekutuan Somalia, yang disokong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan berjuang bersama pasukan pengaman Kesatuan Afrika (AU) untuk mengusir Al Shabaab keluar dari Mogadishu dan bandar besar lain. - REUTERS

Berita Harian X