Selasa, 26 Januari 2016 | 12:51am
Militan Boko Haram
Militan Boko Haram

26 maut, pengebom Boko Haram letup diri di pasar

YAOUNDE: Sekurang-kurangnya 26 maut semalam apabila tiga pengebom meletupkan diri di sebuah pasar di utara Cameroon, kawasan yang sering menjadi sasaran militan Boko Haram dari Nigeria.

Polis berkata penyerang meletupkan sebuah pasar tempatan di perkampungan Bodo berhampiran sempadan Nigeria dalam satu daripada serangan terburuk di utara negara ini sejak tahun 2013.

"Angka kematian awal menunjukkan 29 maut dan kira-kira 30 cedera," kata sumber polis kepada AFP, mengatakan angka itu termasuk tiga pengebom terbabit.

Hampir 1,200 orang dibunuh sejak tahun 2013 apabila Boko Haram mula menyerang utara Cameroon, kawasan bersempadan dengan kubu kuat kumpulan pelampau itu di timur laut Nigeria.

Menteri Komunikasi Issa Chiroma Bakary berkata awal bulan ini, secara keseluruhan, 1,098 orang awam, 67 askar dan tiga pegawai polis dibunuh dalam serangan kejam kumpulan pengganas Boko Haram itu. -AFP

Berita Harian X