Rabu, 20 Januari 2016 | 12:31am

Johnson & Johnson buang 3,000 pekerja menjelang 2018

NEW BRUNSWICK: Johnson & Johnson (J&J) dijangka mengurangkan kira-kira 3,000 pekerja dalam tempoh dua tahun ketika konglomerat penjagaan kesihatan itu mahu menstruktur perniagaan peranti perubatannya.

Syarikat berpusat di New Jersey, di sini, berkata angka itu menyamai lebih dua peratus tenaga kerja global daripada sejumlah 127,000 orang dan antara empat peratus hingga enam peratus jumlah keseluruhan pekerjanya dalam peranti perubatan.

Tindakan syarikat itu akan menjurus kepada penjimatan tahunan sebelum cukai sebanyak AS$800 juta hingga AS$1 bilion (RM3.5 bilion hingga RM4.38 bilion), kebanyakannya akan direalisasikan menjelang akhir tahun 2018.

J&J akan menjimatkan lagi tambahan kira-kira AS$600 juta (RM2.63 bilion) pada suku keempat sejajar dengan penstrukturan itu.

Penstrukturan itu memfokuskan ke atas perniagaan ortopedik, pembedahan dan kardiovaskular. Ia bagaimanapun tidak menjejaskan peranti perubatan pelanggan, farmaseutikal atau perniagaan pelanggan. - AP

Berita Harian X