Ahad, 17 Januari 2016 | 11:41pm

Perjanjian nuklear buka ruang pemulihan ekonomi Iran

BANGUNAN reaktor loji kuasa nuklear Rusia dibina sebagai bahan api pertama dimuatkan pada 21 Ogos 2010 di Bushehr, selatan Iran. - Foto IIPA
BANGUNAN reaktor loji kuasa nuklear Rusia dibina sebagai bahan api pertama dimuatkan pada 21 Ogos 2010 di Bushehr, selatan Iran. - Foto IIPA

TEHRAN: Pelaksanaan perjanjian bersejarah nuklear bersama kuasa dunia dijangka membuka laluan untuk realiti ekonomi baharu di Iran yang kini bebas daripada sekatan antarabangsa.

Lebih AS$30 bilion (RM132.5 bilion) aset di luar negara akan dikembalikan segera kepada negara republik Islam itu.

Gabenor Bank Pusat Iran, Valiollah Seif yang dipetik oleh agensi berita IRNA berkata Iran tidak akan memindah wang tunai tetapi sebaliknya akan menggunakannya bagi mengimport barangan yang diperlukan.

Pegawai Iran melaporkan set sejumlah aset Iran yang dibekukan di luar negara bernilai AS$100 bilion (RM441.9 bilion).

Agensi Tenaga Antarabangsa berkata, sekatan minyak Eropah ke atas Iran akan berakhir. Sekarang, kira-kira 38 juta tong minyak dalam rizab terapung di Iran, bersedia memasuki pasaran.

Semua ini bermakna, lebih banyak wang akan mengalir masuk ke negara itu, yang membenarkan negara itu membaik pulih keperluan minyak dan gas untuk meningkatkan pengeluaran sendiri.

Iran adalah pembekal minyak mentah keempat terbesar di dunia dan barisan kedua rizab gas asli di belakang Russia.

Menteri Pengangkutannya, Abbas Akhondi memberitahu agensi berita IRNA Sabtu, bahawa kerajaan bersetuju membeli 114 pesawat baharu dari konsortium Airbus Eropah.

Iran sedang mempertimbangkan untuk membeli kira-kira 400 pesawat bagi menggantikan pesawat komersial yang semakin lusuh. Beberapa pesawat milik negara itu terpaksa di hentikan perkhidmatannya kerana kekurangan alat ganti.

Iran muncul semula selepas tersisih daripada ekonomi antarabangsa, kelmarin apabila kuasa utama dunia menarik balik sekatan ke atas negara itu selepas ia mematuhi perjanjian untuk menamatkan cita-cita nuklear mereka. - AP

Berita Harian X