Rabu, 13 Januari 2016 | 10:57am

Ahli geng 'Pink Panther' dipenjara 6 tahun

MONACO: Seorang ahli kumpulan pencuri permata terkenal 'Pink Panther' dihukum penjara enam tahun kerana mencuri di sebuah kedai barang kemas di sini pada 2007.

Nicolai Ivanovic, 42, dari Montenegro, mengaku bersalah di mahkamah kerana terbabit dalam rompakan bersenjata di pusat membeli-belah mewah tetapi memberitahu dia seorang saja yang melakukannya.

Geng itu melarikan 32 jam tangan mewah Audemars Piguet dan seutas jam tangan seorang pemain bola sepak yang terperangkap dalam rompakan berkenaan.

Jumlah rompakan itu bernilai lebih 460,000 euro (AS$500,000).

Pencuri itu meninggalkan sebuah kereta yang ditemui sebulan kemudian.

Ivanovic dan seorang lagi lelaki ditahan di Paris hampir dua tahun kemudian iaitu pada Mei 2009. - AFP

Berita Harian X