Jumaat, 18 Disember 2015 | 7:36am

Gempa bumi 6.4 magnitud gegar selatan Mexico

gn4id:11127246

MEXICO CITY: Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud menggegar selatan Mexico dan kesan gegaran dapat dirasai di negara jiran, Guatemala, kata pihak berkuasa.

Kajian Geologikal Amerika Syarikat menyatakan, gempa pada kedalaman 97 kilometer itu melanda pada kira-kira jam 1.49 tengah hari waktu tempatan (3 pagi waktu Malaysia) di wilayah Chiapas, kira-kira 11 kilometer ke selatan bandar Tres Picos.

Sehubungan itu, Penyelaras Perlindungan Awam Mexico, Luis Felipe Puente berkata, pegawai negeri dan majlis perbandaran tidak melaporkan sebarang kerosakan 'buat masa ini.'

Puente menerusi Twitter berkata, gempa bumi dirasai secara 'sederhana' di wilayah Oaxaca dan 'kuat' di Chiapas dan Tabasco.

Katanya, 'beberapa kawasan' di tengah Mexico City turut merasai kesan gegaran berkenaan.

Pada awalnya USGS merakam gempa itu berukuran 6.6 magnitud. - AFP

Berita Harian X