Selasa, 15 Disember 2015 | 11:43am
ANGGOTA polis Mexico.
ANGGOTA polis Mexico.

60 individu hasil pornografi kanak-kanak ditahan

MEXICO CITY: Enam puluh individu ditangkap atas dakwaan pornografi kanak-kanak dan tiga mangsa diselamatkan dalam operasi bersama ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan polis di Argentina, Chile dan Mexico.

"Tiga mangsa berkenaan berusia sembilan, 14 dan 15 tahun diselamatkan di Mexico sebagai sebahagian 'Operasi Tanpa Sempadan'," menurut kenyataan Suruhanjaya Keselamatan Negara Mexico (CNS) lewat kelmarin.

Mereka didakwa digunakan saudara rapat atau jiran untuk mendapatkan imej pornografi kanak-kanak yang kemudian disiarkan di internet, media sosial dan e-mel.

"Lapan tangkapan dibuat di Mexico," menurut CNS tanpa memberitahu nama atau tarikh.

Mengenai 52 tangkapan lain, CNS menyatakan waran geledah dilaksanakan di Brazil, Colombia, Costa Rica, Sepanyol, Guatemala, Paraguay, Venezuela dan Amerika Syarikat. - Agensi

Berita Harian X