Selasa, 8 Disember 2015 | 1:00am

Menteri Pertahanan Serbia dipecat, buat kenyataan berunsur diskriminasi

BRASTISLAV Gasic. - Foto ihsan Njuz
BRASTISLAV Gasic. - Foto ihsan Njuz

BELGRADE: Perdana Menteri Serbia memecat menteri pertahanan negara itu, semalam selepas beliau mengeluarkan ucapan berunsur seksis terhadap seorang wartawan wanita.

Menteri terbabit, Bratislav Gasic mencetuskan kemarahan umum kerana mengeluarkan kenyataan berunsur diskriminasi berasaskan jantina ke atas seorang wartawan wanita daripada stesen televisyen swasta B92, yang melutut untuk mengelak dirakam ketika Gasic memberi kenyataan.

"Saya suka wartawan wanita ini yang melutut dengan begitu mudah," kata Gasic.

Perdana Menteri Aleksandar Vucic memecat Gasic dan berkata, kenyataan Gasic itu adalah satu kesalahan ke atas semua wanita Serbia.

"Kita perlu melindungi wanita di Serbia. Ia kesalahan ke atas semua wanita Serbia," kata Vucic, sambil menambah pengganti akan diumumkan beberapa hari lagi.

Gasic memohon maaf lewat semalam, menyatakan beliau kesal atas kelakuan memalukan itu. - AFP

Berita Harian X